Kerjasama NGO Islam antara Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), I-Qanun dan Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) bertolak dari Lapangan Terbang KLIA ke The Hague, Netherlands bagi menghadiri sesi perbicaraan tindakan ke atas Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
16 FEBRUARI 2024
Kunjung Hormat Delegasi PPMM bersama GSPP ke Kedutaan Malaysia di The Hague. Kedatangan Delegasi disambut oleh YBrs Encik Ishrin bin Mohd Ishak selaku Minister Counsellor dan Ms Wan Maisarah Mohamed Idrus. Kehadiran Delegasi PPMM dan GSPP hadir bagi membincangkan tujuan kehadiran Delegasi bagi membentuk kerjasama berkenaan isu Palestin
19 FEBRUARI 2024
ALHAMDULILLAH BERITA BAIK KESEMUA DELEGASI GSPP, PPMM DAN I-QANUN SERAMAI 9 ORANG DIBENARKAN MASUK MENGIKUTI PENDENGARAN DI ICJ HARI INI. HANYA SEORANG LAIN DARI UK DIBENARKAN. PERBICARAAN BERMULA JAM 10 PG WAKTU THE HAGUE.
9 Februari 2024
28 Januari 2024
Kunjungan Hormat bersama Perwakilan Malaysia di Geneva Dato' Nadzirah Binti Othman
Menghadiri Sesi pertemuan dengan perwakilan Malaysia di Geneva, Dato' Nadzirah binti Othman selaku perwakilan tetap Malaysia di Geneva. Turut berkunjung mesra dengan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Balachandran Tharman yang mengetuai delegasi Malaysia semasa sesi semakan Berkala Sejagat UPR bagi membincangkan pasca proses semakan Berkala sejagat Malaysia.
25 Januari 2024
Sesi Semakan Berkala Malaysia Ke-4 Geneva, Switzerland
Malaysia telah selesai menjalani sesi semakan oleh semua negara di Pertubuhan Bangsa Bersatu. Sebanyak 131 negara telah memberikan cadangan kepada penambah baik perkara melibatkan Hak Asasi Manusia.
Antara isu hak asasi manusia dicadangkan yang mendapat perhatian ialah hak mendapat pendidikan, menghapus kemiskinan, penyediaan rumah mampu milik, meningkatkan layanan dan undang-undang bagi wanita dan kanak-kanak, hak layanan kepada pencari suaka negara dan akses kepada orang kurang upaya.
Selain itu terdapat gesaan daripada beberapa negara untuk Malaysia mengambil tindakan berkenaan pemberian Warganegara kepada anak melalui ibu, layanan kepada seksual orientasi dan gesaan menyemak semula undang-undang yang boleh menghukum LGBTQ.
Setakat ini, Malaysia telah menjawab beberapa isu seperti hal penyediaan perumahan, reformasi undang-undang, penghapusan hukuman mati dan pindaan undang-undang berkenaan perlindungan kepada kanak-kanak.
Untuk sesi kali ini, wakil-wakil dari Malaysia diketuai oleh timbalan ketua Setiausaha kementerian luar, Dato Balachandran telah berjaya memberikan maklumbalas kepada cadangan-cadangan yang diterima Malaysia.
24 Januari 2024
Menghadiri Kursus Universal Periodic Review (UPR) Geneva, Switzerland
ARTIKEL PENERBITAN PPMM
MAKLUMBALAS BERKENAAN JADUAL 9 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN KOMEN DARIPADA AHLI PARLIMEN BARU BIAN
Nukilan oleh : Timbalan Presiden PPMM, Muhammad Hariz bin Md Yusoff 25 Mac 2024
Tidak dinafikan bahawa Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara Malaysia sebagaimana Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan sedemikian namun di bawah peruntukan yang sama juga iaitu di Fasal 3 menerangkan lanjut berkenaan kesahan mana-mana undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak boleh semata-mata dipersoalkan berkenaan kuasa gubalan undang-undang yang diperuntukkan melainkan rujukan ke Mahkamah untuk menentusahkan kesahan undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan/atau DUN tersebut.
Parlimen merangkumi 3 komponen utama iaitu Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah merupakan badan gubalan undang-undang Persekutuan. Maka doktrin pengasingan kuasa perlu difahami dengan tuntas dan jelas berbanding semata-mata penggantungan kepada doktrin struktur asas (BSD) yang dihujahkan oleh sebahagian individu sebagai suci dan tidak boleh digubal. Oleh demikian, penghayatan kepada Sejarah undangundang negara bukan hanya tertakluk kepada penafsiran harfiah tetapi wujudnya pelbagai bentuk tafsiran perundangan untuk diambil kira dan diimbal baik bagi memelihara ruh dan prinsip penggubal undang-undang (lawmaker) negara kita. Parlimen selaku badan gubalan undang-undang Persekutuan yang diasingkan dengan Badan Eksekutif (Cabinet) dan Badan Kehakiman (Judiciary) adalah komponen penting untuk menyemak imbang (check & balance) sebarang kuasa yang diperuntukkan ke atas Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman tersebut begitu juga sebaliknya.
Memandangkan Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara, adakah peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dihalang secara total daripada sebarang pindaan kepadanya? Jawapannya adalah merujuk kepada peruntukan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kuasa pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan ke atas Parlimen. Jika dirujuk kepada Perkara 159 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan secara jelas membenarkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan menurut Fasal 3 yang melibatkan Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan iaitu hal perkara undang-undang Persekutuan dan Negeri yang menyentuh secara langsung kepada Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan (Senarai Persekutuan, Senarai Bersama dan Senarai Negeri).
Justeru, Dakwaan oleh sebahagian pihak bahawa sebarang percubaan kepada pindaan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan akan menyinggung Doktrin Struktur Asas dan memusnahkan semangat Perjanjian Malaysia adalah suatu yang tidak patut dinyatakan tanpa melihat dan menghayati terlebih dahulu semangat dan ruh Perlembagaan Persekutuan. Sebagai tambahan, Pindaan Perlembagaan tersebut memberi kebebasan dan autonomi yang lebih luas kepada DUN untuk pinda Kesalahan Jenayah Syariah Negeri masing-masing termasuk negeri Sarawak dan Sabah. Justeru, pindaan tersebut langsung tidak menganggu gugat atau ancaman MA63.
Pindaan kepada Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan bukan hanya semata-mata menyentuh isu Islam (tidak perlu paranoid dan Islamophobia) tetapi isu-isu melibatkan perihalperihal Persekutuan dan Negeri sebagaimana terkandung di dalam Jadual Kesembilan (Senarai Persekutuan, Senarai Bersama dan Senarai Negeri). Misalan pindaan kepada Jadual Kesembilan dapat dilihat melibatkan isu pengurusan industri perkhidmatan air negara yang dipinda di bawah Senarai Bersama Jadual Kesembilan memberi suatu impak yang besar dan amat baik kepada negara, kenapa tidak kepada pindaan berkenaan kuasa gubalan Persekutuan dan Negeri dalam melibatkan perihal agama Islam termasuk tetapi tidak terhad kepada perincian dan pengkategorian spesifik di bawah Senarai 1 Senarai Persekutuan, item 4 Jadual Kesembilan di bawah Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan termasuk, perenggan (h) iaitu berkenaan pewujudan kesalahan berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan atau yang diperkatakan oleh undangundang Persekutuan dengan Senarai 2 Senarai Negeri, item 1.
Akhir kalam, hayati, fahami dan kenal bukan sekadar tahu berkenaan peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang secara terang lagi bersuluh memberi jaminan bahawa agamaagama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan meskipun Islam ialah agama bagi Persekutuan. Muhammad Hariz bin Md Yusoff Timbalan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM
SOLIDARITI BERSAMA RAKYAT PALESTIN MELALUI PROSES PERUNDANGAN ANTARABANGSA
Pada 19 Februari 2024 buat pertama kalinya dalam sejarah dunia menyaksikan bahawa satu pendengaran yang telah ditetapkan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague,Belanda berkenaan status pendudukan secara haram oleh regim zionis israel di wilayah-wilayah Palestin.
Pendengaran ini berlaku lanjutan daripada terdapat suatu resolusi yang telah diputuskan di Perhimpunan agung Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB). Susulan daripada resolusi A/RES/77/247 sebanyak 54 buah negara telah terlibat secara langsung dengan menghantar laporan bertulis kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) termasuk Malaysia dan dijangka didengar pada 22 Februari 2024 ini. Pendengaran ini juga telah melibatkan 3 buah pertubuhan di peringkat antarabangsa iaitu pertubuhan Negara-Negara Islam(OIC), Kesatuan Negara-Negara Afrika (AU) dan liga arab.
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mencipta satu sejarah penting dengan menghadiri sesi pembukaan pengucapan oleh wakil Palestin ini secara fizikal dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan Kerajaan lain dari Malaysia terdiri daripada I-Qanun dan Gabungan Sodilariti Pembebasan Palestin (GSPP) dengan membawa 9 orang wakil. Delegasi PPMM ini juga berkesempatan untuk masuk ke galeri bicara awam yang hanya terhad dibuka kepada 10 kekosongan untuk orang awam.
Antara perkara yang dinyatakan dalam ucapan pembukaan tersebut adalah berkenaan dengan undang-undang yang boleh digunapakai dalam menentukan hak asasi manusia di peringkat antarabangsa bagi penduduk Palestin, status pendudukan haram israel di palestin, kezaliman israel dengan tindakan diskriminasi melalui layanan secara apartheid, tindakan penculikan dan pembunuhan penduduk Palestin, hak mempertahan melalui self determination dan layanan hak wanita dan kanak-kanak Palestin.
Kesimpulannya, melalui solidariti kepada rakyat Palestin ini menunjukkan bahawa undang-undang antarabangsa juga boleh menjadi usaha lain untuk memberi tekanan kepada rejim zionis Israel dan sekutu-sekutu rapat bahawa tindakan penindasan ini adalah suatu yang tidak dapat diterima oleh norma manusia.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) 20 Februari 2024
Nukilan oleh : Presiden PPMM, Muhammad Hisham Marzuki, 19 Februari 2024
Halatuju Undang-undang Jenayah Syariah Negeri-negeri Pasca Keputusan Nik Elin Zurina
Nukilan oleh : Presiden PPMM, Muhammad Hisham Marzuki, 17 Februari 2024
Genap seminggu keputusan mahkamah Persekutuan di dalam kes Nik Elin Zurina diputuskan oleh panel hakim mahkamah Persekutuan. Pelbagai reaksi timbul daripada keputusan tersebut daripada pelbagai pihak. Malah, pelbagai cadangan penyelesaian telah dikemukakan daripada para pengamal undang-undang serta pihak yang ingin melihat kerelevanan undang-undang jenayah syariah seperti termaktub di dalam enakemen/akta jenayah negeri.
Cadangan ini melibatkan pelbagai disiplin dalam struktur perlembagaan persekutuan termasuk kesungguhan pihak legislatif iaitu ahli-ahli parlimen untuk menggerakkan pindaan undang-undang termasuk di dalam perlembagaan persekutuan. Pihak legislatif ini selaku ahli-ahli parlimen khususnya ahli parlimen beragama islam perlulah sepakat di dalam hal ini di dalam memastikan pindaan undang-undang termasuk perlembagaan persekutuan dapat direalisasikan.
Perbezaan fahaman politik ahli-ahli parlimen perlu diketepikan di dalam menjamin matlamat ini dapat dicapai. Jika tiada sokongan daripada para ahli parlimen beragama islam maka sudah pasti keputusan mahkamah Persekutuan di dalam kes Nik Elin Zurina dan Iki Putra Mubarak akan terus menjadi batu asas kepada cabaran enakmen/akta jenayah syariah negeri terus dilakukan dan tidak akan berterusan.
Dalam keadaan masyarakat majmuk ini, kita juga tidak menafikan hak kaum lain selain bumiputera melayu islam, namun usaha untuk memberi pemahaman kepada ahli-ahli parlimen bukan islam wajar digerakkan di dalam memastikan kuasa negeri dan Persekutuan dapat diharmonikan melalui pindaan ini. Kita juga wajar melihat kepada faktor perbezaan ini dapat disamakan dalam memastikan umat islam di dalam negara ini dapat mengamalkan salah satu cabang daripada amalan undang-undang islam yang digubal melalui Dewan Undangan Negeri (DUN).
Justeru, tugas ini perlu dipikul bersama oleh pelbagai pihak di dalam mengangkat kembali pengamalan undang-undang jenayah syariah negeri-negeri dapat dilaksanakan dan diharmonikan. Malah, ini wajar dilakukan segera bagi mengatasi persepsi bahawa undang-undang islam yang digubal melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) ini kononnya adalah bersifat kelas kedua di negara ini.
Mahkamah Rayuan di dalam kes Loh Siew Hong v Majlis Agama Islam Perlis (Maips) baru-baru ini telah memutuskan bahawa undang-undang penukaran agama anak di dalam enakmen syariah negeri Perlis adalah tidak sah dan terbatal.
Lanjutan daripada keputusan tersebut juga dimaklumkan bahawa terdapat rayuan yang akan diteruskan oleh pihak Maips ke mahkamah persekutuan untuk diputuskan berkenaan undang-undang tersebut.
Daripada segi teknikal dan proses undang-undang, sekiranya rayuan tersebut masih diteruskan di peringkat tertinggi, maka keputusan itu masih belum dapat diambil sebagai muktamad (settled law)
Dalam hal yang demikian, ianya juga tidak dapat menjadikan secara automatik suatu undang-undang penukaran agama sepihak yang sama dan hampir sama dengan enakmen negeri-negeri lain sebagai sebagai tidak sah/bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.
Tambahan pula, mengambilkira terdapat suatu cabaran undang-undang ke atas beberapa negeri lain yang masih menggunakan penukaran agama islam secara sepihak oleh indira Gandhi pada tahun 2023, maka apabila wujud sebarang komen-komen daripada tindakan ini boleh dianggap sebagai suatu percampuran urusan mahkamah serta boleh terjerumus kepada penghinaan mahkamah.
Malah, semua pihak juga perlu faham dengan keadaan ada yang telah memfailkan dan sedang menunggu keputusan mahkamah di dalam hal ini tidak wajar untuk mempengaruhi mahkamah di dalam membuat komen-komen bersifat menghukum seperti ini secara terang-terangan.
Justeru, terdapat gesaan undang-undang ini untuk dipinda adalah suatu yang tidak wajar mengikut proses sedia ada kerana bersifat pra matang untuk dilakukan. Malah, dengan wujud jawatankuasa mengkaji antara undang-undang sivil dan syariah, ianya pasti antara perkara utama yang ingin dibuat kajian dan syor untuk memastikan undang-undang ini dapat diharmonikan tanpa mengenepikan kedudukan islam dan undang-undang syariah di Malaysia.
Penyelarasan undang-undang penukaran agama sepihak anak-anak tidak bersifat automatik
Nukilan oleh : Presiden PPMM, Muhammad Hisham Marzuki, 25 Januari 2024
Kebenaran kedua-dua ibu bapa tukar agama anak adalah realiti sukar
Nukilan oleh : Presiden PPMM, Muhammad Hisham Marzuki, 12 Januari 2024
MERUJUK kepada keputusan Mahkamah Rayuan Sivil di Putrajaya pada 10 Januari 2024, panel secara sebulat suara seramai (3) tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan Sivil telah membenarkan rayuan oleh pihak perayu iaitu ibu kepada (3) tiga kanak-kanak bawah umur yang telah diislamkan oleh bapa mereka di hadapan pendaftar muallaf di Perlis sebelum ini adalah tidak sah dan dibatalkan pengislaman tersebut.
Kes berkenaan pengislaman anak-anak bagi pasangan baru memeluk Islam kepada agama Islam adalah suatu isu yang sering berlaku dan menjadikan pasangan saudara baru Islam yang ingin bersama dengan anak-anak berada di dalam keadaan serba salah dan sukar. Kes rayuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ini adalah menunjukkan satu lagi peruntukan di dalam Undang-Undang Islam Negeri iaitu Seksyen 107(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 (Perlis) telah dibatalkan dan diisytiharkan sebagai tidak Perlembagaan oleh Mahkamah Rayuan.
Perlu difahami bahawa sebelum ini pendaftaran anak-anak bawah umur bagi saudara baru Islam yang didaftarkan di hadapan pendaftar muallaf yang dibuat secara sebelah pihak telah diisytiharkan sebagai tidak sah dan tidak berpelembagaan seperti yang telah diputuskan di dalam kes Indira Gandhi Mutho v Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Ors pada tahun 2018 oleh Mahkamah Persekutuan.
Mengikut keputusan panel rayuan di dalam kes MAIPs itu, panel rayuan mendapati bahawa dapatan hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini adalah telah salah daripada segi undang-undang di dalam mengaplikasikan dapatan berkenaan pengislaman sebelah pihak (“unilateral conversion”) bagi pasangan baru memeluk Islam.
Malah, Mahkamah Rayuan juga menyatakan bahawa dapatan kes Indira Gandhi tersebut adalah suatu undang-undang yang mengikat untuk dijadikan sandaran di dalam menyelesaikan kemelut pasangan baru memeluk Islam yang mengislamkan anak-anak di bawah umur.
Realitinya, kebenaran kedua-dua ibu bapa untuk menukar agama Islam adalah amat sukar memandangkan kebiasaannya perkahwinan pasangan akan dibubarkan serta dalam banyak keadaan penukaran agama salah satu pasangan adalah tidak dipersetujui oleh pasangan bukan Islam.
Ini menjadikan penukaran kepada agama Islam adalah tidak sah jika dilakukan tanpa kebenaran pasangan bukan Islam. Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan telah menyelesaikan isu penukaran agama sebelah pihak di dalam kes Subashini Rajasingam V Saravanan Thangathoray & Other Appeals pada 2008 yang telah memutuskan kebenaran seorang ibu atau bapa adalah memadai.
Mengambil kira suasana semasa, majoriti kes penukaran agama sebelah pihak yang dicabar di Mahkamah adalah kepada agama Islam, ini akan memberi kesan kepada anak-anak bagi pasangan tersebut khususnya pasangan beragama Islam yang tidak dapat bersama diislamkan dan menjadikan pasangan baru tersebut berasa terasing dengan mendapatkan akses dan hubungan selaku ibu atau bapa. Perkara ini perlu dilihat semula oleh pelbagai pihak berkepentingan untuk mengurangkan jurang perbezaan yang timbul kerana akan memberikan kesan kepada institusi keluarga dan pembentukan masyarakat di dalam negara ini. Malah, kepentingan agama Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan perlu diterapkan dalam apa jua keadaan mengambil kira asas utama di dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.
Dakwaan rasuah: Aduan bertulis atau lisan, SPRM siasat Ahli Parlimen menukar sokongan
Nukilan oleh : Timbalan Presiden PPMM, Muhammad Hariz Md Yusoff , 30 November 2023
BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mendakwa antara lain terdapat unsur rasuah berkenaan beberapa Ahli Parlimen Bersatu yang berubah angin menyokong pentadbiran kerajaan di bawah teraju Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10. Pada 14 November lalu, Bersatu membuat laporan polis susulan daripada dakwaan mantan Perdana Menteri Malaysia ke-8 itu di mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 16 November 2023 melalui Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan suruhanjaya itu akan menjalankan siasatan telus berhubung dakwaan Muhyiddin.
Merujuk peruntukan Seksyen 29 Akta SPRM (Akta 694), SPRM mempunyai punca kuasa untuk menyiasat sebarang aduan dan maklumat berkenaan mana-mana pelakuan suatu kesalahan yang wujud di bawah Akta SPRM.
Aduan atau maklumat yang dimaksudkan itu boleh disampaikan secara bertulis atau lisan kepada SPRM dan selanjutnya pegawai SPRM boleh menjalankan siasatan terhadap aduan dan maklumat tersebut menurut peruntukan Akta SPRM dan Kanun Tatacara Jenayah berkenaan prosedur dan tatacara pengendalian siasatan.
Dalam konteks ini, dapat kita lihat bahawa bentuk aduan dan maklumat berkenaan mana-mana kesalahan di bawah Akta SPRM boleh dibuat sama ada dalam bentuk bertulis atau lisan kepada pihak penguatkuasa sama ada pihak polis atau SPRM secara langsung. Sekiranya laporan polis telah dibuat, maka pihak polis akan merujuk laporan polis itu kepada SPRM sekiranya terdapat atau wujud elemen-elemen kesalahan yang menjurus kepada peruntukan kesalahan di bawah Akta SPRM sebagaimana dalam isu yang viral ini.
Selanjutnya apabila pegawai penyiasat SPRM membuat siasatan bagi aduan dan maklumat tersebut, peruntukan Seksyen 30 Akta SPRM memberi punca kuasa kepada pegawai penyiasat SPRM untuk mengarahkan mana-mana individu untuk hadir dengan membawa sebarang dokumen diperlukan atau sebaliknya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan dijalankan terhadap aduan dan maklumat yang dibuat itu.
Bagi maksud siasatan dijalankan pegawai SPRM tersebut jua mempunyai punca kuasa untuk memeriksa dan menggeledah termasuk menyita apa-apa barang yang dijumpai tanpa memerlukan waran kecuali bagi tujuan pemeriksaan badan individu oleh pegawai SPRM hendaklah dilakukan oleh orang yang sama jantinanya sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 31 Akta SPRM.
Kemudiannya pada 28 November 2023, SPRM membuat kenyataan media bahawa tiada unsur rasuah setakat ini terhadap empat Ahli Parlimen Bersatu menyokong Anwar, menunjukkan bahawa pada ketika ini tiada sebarang elemen kesalahan yang dipenuhi dalam mana-mana peruntukan kesalahan di bawah Akta SPRM untuk mewajarkan SPRM meneruskan pengesyoran pendakwaan kepada Pendakwa Raya sebagaimana peruntukan Seksyen 58 Akta SPRM.
Walau bagaimanapun, sekiranya pada masa hadapan terdapat keterangan yang memenuhi elemen-elemen kesalahan mana-mana peruntukan kesalahan di bawah Akta SPRM, maka SPRM boleh meneruskan siasatan sedia ada bagi melengkapkan kertas siasatan tersebut.
Adalah perlu diketahui bahawa bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta SPRM hendaklah terlebih dahulu mendapat keizinan daripada Pendakwa Raya bagi pendakwaan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan di dalam Akta SPRM dilaksanakan di Mahkamah. Akhirul kalam, undang-undang pencegahan rasuah di negara kita telah mencakupi pelbagai aspek kesalahan rasuah dan kesalahan berhubung rasuah sebagaimana terkandung di dalam Akta SPRM.
Matlamat penubuhan SPRM sebagai sebuah badan pencegahan rasuah yang bebas dan bertanggungjawab selari dengan peruntukan Seksyen 2 Akta SPRM adalah wajar dilaksanakan dengan telus dan berintegriti terhadap pentadbiran awam dan swasta, termasuk mana-mana individu tidak kira latar belakang dan status jawatannya dalam mendaulatkan undang-undang negara. Segala aduan dan maklumat disalurkan kepada SPRM hendaklah dipandang serius dalam meletakkan kepercayaan rakyat kepada badan penguatkuasa bebas di negara kita. – The Merdeka Times
Penyelarasan undang-undang penukaran agama sepihak anak-anak tidak bersifat automatik
Kebenaran kedua-dua ibu bapa tukar agama anak adalah realiti sukar
Dakwaan rasuah: Aduan bertulis atau lisan, SPRM siasat Ahli Parlimen menukar sokongan
Penubuhan jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah perlu disegerakan
Masih Utuhkah Solidariti Rakyat Malaysia Buat Rakyat Palestin
Perang Palestin-Israel: Kegagalan Undang-Undang Antarabangsa dan PBB
Isu buku “Gay is OK!: A Christian Perspective”, Mengimbangi Kebebasan Bersuara Di Malaysia
Apakah kesan pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya?
Kuasa & kedudukan Peguam Negara mengikut Perlembagaan Persekutuan
PPMM, TMT kerjasama didik masyarakat celik undang-undang
PENGHARGAAN DARIPADA PPMM
AKTIVITI PPMM
10 Januari 2024 Kunjungan Hormat bersama Wakil MACSA ke Pesuruhjaya Tinggi Australia. Ppmm diwakili Presiden PPMM bersama Puan Syakinah
3 Januari 2024
Forum Sejauh Mana Pentingnya Undang-Undang Islam bersama Ustazah Asma' Harun
20 Disember 2023
Satu Kunjungan Hormat PPMM bersama YB Senator Profesor Dr. Zulkifli Hasan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah diadakan di Pejabat Timbalan Menteri di Putrajaya.