DELEGASI PPMM KE INTERNATIONAL COURT OF JUSTICE DI PEACE PALACE, DEN HAAG, NETHERLANDS

20Jul

DELEGASI PPMM KE INTERNATIONAL COURT OF JUSTICE DI PEACE PALACE, DEN HAAG, NETHERLANDS

Tarikh : 20hb Julai 2016

Lokasi : International Court of Justice (ICJ), Den Haag, Netherlands

Pada 20hb Julai 2016, PPMM telah menghantar delegasi dari kalangan jawatankuasa PPMM dan peserta program latihan Hak Asasi Manusia ke International Court of Justice (ICJ) yang bertempat di Den Haag, Netherlands.

Program ini turut disertai oleh Dato’ Dr. Abdul Monir Yaacob, Timbalan Presiden Universiti Islam Malaysia berserta Isteri, Dr Sarmila Md Sum pensyarah Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan wakil pihak penganjur GICJ, Dr Naji Haraj, Pengarah Eksekutif GICJ dan pembantunya, Cik Allesia Vendano.

Kesemua para peserta diberikan kebenaran untuk masuk setelah 10 minit melalui proses pemeriksaan keselamatan.Proses pemeriksaan keselamatan yang ketat oleh para pegawai keselamatan berjalan dengan lancar di hadapan pintu utama dengan kerjasama telah diberikan dengan sepenuhnya oleh para peserta.

Wakil daripada Peace Palace iaitu Pegawai Undang-Undang menjemput kesemua delegasi dan membuat pembentangan serba sedikit tentang International Court of Justice.

Nota mengenai Penerangan tentang Peace Palace

Pegawai Undang-Undang menerangkan bahawa International Court of Justice (ICJ) merupakan organ kehakiman utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan berbezadengan Permanent Court of Arbitration (PCA).

Fungsi (ICJ) ialah untuk menyelesaikan pertikaian yang timbul di antara negara-negara dan juga menyediakan sebagai tempat untuk dirujuk pendapat/nasihat tentang persoalan undang-undang yang dikemukakan daripada agensi-agensi atau UN General Assembly.

Negara-negara boleh memilih untuk terikat dengan bidangkuasa ICJ ataupun tidak. Sebagaicontoh, di dalam kes Nicaragua v United States, selepas ICJ memutuskan bahawa United States telah melanggar undang-undang antarabangsa, United States telah menarik diri daripada bidangkuasa ICJ dan hanya menerima mengikut kes yang difikirkan sesuai.

Para Peserta telah dimaklumkan bahawa secara umummnya bidangkuasa ICJ terbahagi kepada dua iaitu ‘contentious issues’ dan ‘advisory opinion’.

Dalam contentious issues, ICJ memberi keputusan yang mengikat di antara negara-negara yang bersetuju untuk menerima bidangkuasa ICJ. Hanya Negara boleh menjadi pihak di dalam contentious issue. Antara isu-isu pertikaian yang meliputi bidangkuasa ICJ ialah berkenaan Undang-undang Alam Sekitar, Undang-undang Kemanusiaan, Perebutan wilayah dan kawasan.Manakala dalam advisory opinion, ianya hanya untuk badan dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Advisory opinions merupakan salahsatucara di mana agensi-agensi PBB boleh mendapatkan bantuan ICJ dalam menentukan isu-isu undang-undang yang kompleks yang berada di bawah mandate masing-masing.

ICJ terdiri daripada 15 orang Hakim yang dipilih oleh UN General Assembly dan UN Security Council selama 9 tahun mengikut Negara-negara dan seimbang daripada taburan geografinya seperti Negara China, Belanda, Uganda dan lain-lain. Kini ICJ diketuai oleh Hakim daripada Negara Perancis Proses ini termaktub di dalam Artikel 4 hingga 19 Statut ICJ.

PCA berbeza dengan ICJ di mana ianya bukan agensi PBB dan juga bukan mahkamah. PCA hanyalah penganjur bagi tribunal arbitrasi dan menyediakan bantuan pentadbiran untuk pihak-pihak yang ingin menyelesaikan pertikaian.

Sesi bersama Pegawai Undang-Undang Peace Palace tamat dan wakil daripada Carnegie Foundation iaitu Cik Anna Andrew mengetuai para peserta untuk membawa melawat di sekitar Peace Palace.

Nota mengenai Lawatan ke Peace Palace

Di Peace Palace terdapat 5 bangunan berasingan dan ianya terdiri daripada 5 institusi bagi setiap bangunan iaitu ICJ, PCA, Hague Academy of International Law, Perpustakaan dan Japanese Room.

Delegasi juga telah dimaklumkan bahawa ketika ini Palace of Justice ada membuka tawaran kos untuk mempelajari Undang-Undang Antrabangsa selama 6 minggu di sini yang dikenali sebagai Summer School. Summer School ini juga menjadi tumpuan dan telah menarik minat ramai peserta daripada seluruh dunia untuk mempelajari ilmu berkenaan undang-undang antarabangsa.

Delegasi dibawa melihat beberapa artifak yang dihadiahkan oleh beberapa Negara kepada Peace Palace seperti the Tsar Vase yang dihadiahkn oleh Russia, patung Christ yang dihadikan oleh Argentina dan Chile, permaidani oleh Turki dan gading gajah daripada Thailand. Kesemua artifak ini diletakkan sekitar di dalam Peace Palace untuk di paparkan kepada pelawat.

Para peserta dibawa melihat tempat di mana PCA dilangsungkan dan telah dinamakan “Small Court” iaitu merujuk kepada Mahkamah Kecil serta telah diberikan penerangan serba sedikit tentang PCA dan hasil-hasil seni dan ujiran-ukiran di dinding, syiling yang terdapat dalam mahkamah tersebut. PCA juga merupakan mahkamah pertama yang menyelesaikan pertikaian antara negara-negara sebelum tertubuhnya ICJ.

Kemudian, delegasi telahdibawa untuk melawat Japanese Room di mana namanya diambil sempena fabric yang dihadiahkan oleh kerajaan Jepun yang kini dijadikan sebagai wallpaper di dalam bilik tersebut. Bilik ini dijadikan sebagai bilik upacara oleh orang-orang kenamaan dan wakil-wakil Negara dan juga untuk Seminar Antarabangsa yang diadakan setiap 2 kali setahun. Di dalamnya terdapat 114 kerusi termasuk Malaysia.

Selepas itu, Para peserta telah dibawa melawat di dalam ICJ dan diberi penerangan ringkas tentang susun atur, reka bentuk dan dalamannya.

Delegasi dibawa ke Galeri Audio di bahagian luar Palace of Justice untuk mendengar penerangan mengenai sejarah bangunan Peace Palace secara am secara audio.

Setiap peserta telah dibekalkan dengan alat pemain audio dan diberikan peluang untuk menerokai sejarah Andrew Carnagie dan kisah-kisah kepada terbinanya Palace of Justice.

Ini merupakan suatu usaha yang baik bagi pihak pengurusan Peace Palace untuk memberikan gambaran dan penerangan yang mudah kepada para peserta untuk lebih memahami sejarah tertubuhnya Peace Palace.

Share The Post

Leave a Reply