DELEGASI PPMM KE PEMBUKAAN SESI KE-58 KONVENSYEN TERHADAP PENYIKSAAN (COMMITTEE AGAINST TORTURE) & PENDENGARAN KONVENSYEN TERHADAP PENYIKSAAN

25Jul

DELEGASI PPMM KE PEMBUKAAN SESI KE-58 KONVENSYEN TERHADAP PENYIKSAAN (COMMITTEE AGAINST TORTURE) & PENDENGARAN KONVENSYEN TERHADAP PENYIKSAAN

Tarikh : 25hb Julai 2016

Lokasi : Palais Wilson, Geneva

Pada 25hb Julai 2016, PPMM sebagai NGO telah dijemput hadir menghadiri Pembukaan Sesi Ke-58 Konvensyen Terhadap Penyiksaan (Committee Against Torture) & Pendengaran Konvensyen Terhadap Penyiksaan anjuran Office of the High Commissioner for Human Rights (“OHCHR”).

Delegasi tiba di Palais Wilson yang terletak di Rue Des Pâquis yang menempatkan ibupejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia. Delegasi diberikan taklimat mengenai Pendengaran Sesi Ke-58 Konvensyen Terhadap Penyiksaan (Convention Against Torture – CAT).

Pendengaran dikendalikan oleh 10 Ahli Jawatankuasa yang bebas dn kompeten dalam aspek perundangan dan hak asasi manusia. Jawatankuasa Terhadap Penyiksaan terdiri daripada 10 ahli bebas yang pakar dan cekap serta diiktiraf dalam bidang hak asasi manusia iaitu:-

1-       Ms Essadia Belmir – warganegara Morocco

2-       Mr Alessio Bruni – warganegara Itali

3-       Ms Felice Gaer – warganegara Amerika Syarikat

4-       Mr Abdelwahab Hani – warganegara Tunisia

5-       Mr Claude Heller Roussant – warganegara Mexico

6-       Mr Jens Modgiv – warganegara Denmark

7-       Ms Sapana Pradhan Mala – warganegara Nepal

8-       Ms Ana Racu – warganegara Moldova

9-       Mr Sebastian Touze – warganegara Perancis

10-     Mr Kening Zhang – warganegara China

 

Prosiding dimulakan dengan kata aluan daripada Pengerusi Jawatankuasa CAT. Delegasi berpeluang menghadiri sebagai wakil NGO didalam prosiding ini. Namun bagi menerima agenda sesi terdahulu, Jawatankuasa CAT telah meneruskan mesyuarat secara tertutup atas-atas sebab-sebab sulit dan privasi sesama Ahli Jawatankuasa.

Di dalam prosiding ini, Pengerusi memaklumkan bahawa prosiding dimulakan dengan perbentangan laporan berkala ketiga daripada Ketua Delegasi Kuwait yang diketuai oleh H.E Jamal M Alghunaim, Duta, Wakil Tetap Kuwait ke Geneva.

Delegasi Kuwait juga disertai oleh: Mr Talal Al Mutairi, penolong timbalan Menteri Luar – Ketua Hak Asasi Kementerian Luar;Mr Khaled Aldeen, Major General;Dr Saud al-Harbi;Dr Mubarak al Jaafur;Dr Huda A.Alshaaji;Mr Abdul Rahman Al Mahana; Kolenel Muhammad Alwahib; MrAbdulllah al Farhan; Mr Ussama Aldhuwikh;Mona Al Ataya;Dalal AlZamel; Sarah Selim;Meshal Al Mansor; Saad Almuhaini; Haidar Abulhassan; Muhammad Alaabduljalil; Nawaf Naman; dan Ranya Almulaifi.

Ketua Delegasi Kuwait membentangkan kepada jawatankuasa laporan yang diadaptasi daripada laporan berkala sebelumnya. Antara isu yang diketengahkan ialah:-

1) Kerajaan Kuwait telah meminda Kanun Prosedur jenayah dan Undang-undang Jenayah domestic;

2) Menakrifkan jenayah penyiksaan seperti tertakluk dalam Artikel 2 CAT;

3) Meminda undang-undang buruh di Kuwait;

4) Menubuhkan Pejabat Hak Asasi Manusia;

5) Mempromosi hak untuk dibicarakan kepada tahanan;

6) Memberikan latihan dan pendedahan mengenai jenayah Penyiksaan kepada Hakim, Para Pengawai Mahkamah, Pengawai Undang-Undang, dan anggota keselamatan;

7) Menguatkuasakan undang-undang bagi melindungi kanak-kanak dimana Kuwait merupakan ahli didalam Konensyen Hak Kanak-Kanak;

8) Memberikan akses perubatan kepada mangsa penyiksaan;

9) Menyediakan laporan forensik perubatan terhadap mangsa penyiksaan;

10) Menyediakan hak untuk semakan perundangan terhadap tingkah laku Penyiksaan;

11) Penyediaan kamera awam pada ketika penyiasatan mengambil tempat;

12) Mengukuhkan pemahaman hak asasi manusia di parlimen Kuwait;

13) Tahanan diberikan hak untuk akses kepada peguam. Sekiranya tidak mampu kerajaan harus melantik peguam mewakili tertuduh;

14) Standard Operating Procedures bagi menangani aduan penyiksaan;

15) Melindungi hak minor;

16) Menentang pemerdagangan manusia; dan

17) Kesediaan kerajaan Kuait bagi membanteras keganasan pengganas, memlihara hak kebebasan untuk ekspresi serta hak untuk berhimpun.

 

 

Seterusnya Jawatankuasa memberikan ruang kepada Pelapor (Rapporteur) yang ditugaskan oleh Jawatankuasa untuk menyatakan sebarang persoalan mengenai pembentangan laporan oleh kerajaan Kuwait.

Ahli Jawatankuasa memberikan pandangan dan meminta penjelasan berdasarkan laporan yang diterima daripada badan pemerhati antarabangsa seperti Amnesti International dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memberikan maklum alas terhadap langkah serta perlaksanaan CAT di dalam pentadiran keadilan di negara Kuwait.

 

 

Badan pemerhati berpendapat seperti berikut:

1) Penerimaan makna ‘Torture’ seperti yang dinyatakan dalam Artikel 2 CAT;

2) Hukuman terhadap jenyah penyiksaan yang dilakukan

oleh pihak erkuasa;

3) Pihak jawatankuasa juga meminta respon serta maklum balas daripada pihak kerajaan Kuwait mengenai keganasan yang dilakukan oleh Polis serta pihak berkuasa;

4) Penjelasan terhadap komunikasi terhadap peguam dan kkeluarga.

5) Jawatankuasa juga menuntut penjelasan mengenai tahanan yang ditahan melebihi 24 jam sebelum dirujuk kepada pihak pengadilan;

6) Aduan terhadap komitmen untuk menyediakan penempatan Perempuan untuk tahanan perempuan.

Selain daripada isu ini, pihak jawatankuasa juga membangitkan kesediaan Kerajaan Kuwait untuk memperbaiki kemudahan penjara, menentang hukuman pengasingan serta latihan mengenai undang-undang.

Layanan terhadap pekerja asing juga diberikan perhatian memandangkan Kuwait mempunyai pekerja asing yang sungguh ramai. Ini termasuk layanan kekerasan dan gangguan seksual yang dilakukan oleh majikan terhadap pekerja.

Kunjungan mengejut oleh pihak Pelapor menyatakan bahawa kerajaan Kuwait masih tidak melengkapkan pengawai mengenai prinsip asas hak asasi manusia. Ini termasuk juga layanan yang dikatan buruk terhadap golongan LGBT dan Kuwait Bidun.

Kuwait telah menerima Protokol Istanbul. Oleh yang demikian Kuwait diharapkan dapat memenuhi standard antarabangsa dalam layanan, fasiliti serta pemahaman mengenai jenayah ini.

Setelah selesai sesi daripada pihak Jawatankuasa, prosiding diteruskan dengan maklum balas delegasi Kuwait terhadap isu yang dibangkitkan dan pemerhatian yang dibentangkan oleh Pelapor dan Pemerhati.

Delegasi Kuwait diberi peluang untuk memberi balasan kepada isu berbangkit yang diketengahkan Pelapor dan Pemerhati. Kuwait memaklumkan bahawa negaranya telah lakukan yang terbaik demi rakyat, tuduhan yang dilakukan merupakan sesuatu yang mala fide terhadap kerajaan Kuwait. Namun kerajaan Kuwait komited untuk memberikan gambaran jelas terhadap tuduhan yang dilemparkan.

Pendengaran untuk hari ini tamat dan delegasi pulang ke hotel.

Share The Post

Leave a Reply