Keahlian PPMM

Keahlian PPMM

KEAHLIAN

Persatuan ini mempunyai tiga jenis keahlian iaitu :-

    • Ahli biasa;
    • Ahli bersekutu; dan
    • Ahli kehormat.

Mana-mana warganegara Malaysia yang beramal dalam lapangan perundangan sama ada dalam Perundangan Islam atau Perundangan atau kedua-duanya sekali layak untuk menjadi ahli biasa bagi Persatuan ini. Kelayakan tersebut merujuk kepada pemegang Ijazah Sarjana Muda (Syariah) atau Sarjana Muda Undang-undang (LLB) samada dari university tempatan mahupun luar Negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Mana-mana pelajar yang masih dalam pengajian bagi Ijazah Sarjana Muda (Syariah) atau Sarjana Muda Undang-undang (LLB) samada dari university tempatan mahupun luar Negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia, layak untuk menjadi Ahli Bersekutu bagi Persatuan ini.

Mana-mana individu yang telah mencapai keutamaan dalam profesion undang-undang dengan kelulusan mesyuarat agung boleh dijemput oleh Jawatankuasa Umum untuk menjadi ahli kehormat bagi Persatuan ini.