Maklumat Keahlian

Maklumat Keahlian

PPMM mempunyai tiga jenis keahlian iaitu :-

  1. Ahli biasa;
  2. Ahli bersekutu; dan
  3. Ahli kehormat.

Mana-mana warganegara Malaysia yang beramal dalam lapangan perundangan sama ada dalam Perundangan Islam atau Perundangan atau kedua-duanya sekali layak untuk menjadi AHLI BIASA bagi Persatuan ini. Kelayakan tersebut merujuk kepada pemegang Ijazah Sarjana Muda (Syariah) atau Sarjana Muda Undang-undang (LLB) samada dari universiti tempatan mahupun luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Mana-mana pelajar yang masih dalam pengajian bagi Ijazah Sarjana Muda (Syariah) atau Sarjana Muda Undang-undang (LLB) samada dari university tempatan mahupun luar Negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia, layak untuk menjadi AHLI BERSEKUTU bagi Persatuan ini.

Mana-mana individu yang telah mencapai keutamaan dalam profesion undang-undang dengan kelulusan mesyuarat agung boleh dijemput oleh Jawatankuasa Umum untuk menjadi AHLI KEHORMAT bagi Persatuan ini.