TAKLIMAT MENGENAI OFFICE OF HIGH COMMISSIONER FOR HUMAN RIGHTS (“OHCHR”) DAN HUMAN RIGHTS COUNCIL (“HRC”) 1

22Jul

TAKLIMAT MENGENAI OFFICE OF HIGH COMMISSIONER FOR HUMAN RIGHTS (“OHCHR”) DAN HUMAN RIGHTS COUNCIL (“HRC”) 1

Tarikh : 22hb Julai 2016

Lokasi : Route des Morillons, 1218 Le Grand-Saconnex, Geneva

Delegasi PPMM tiba di Geneva, Swirtzerland pada 22 Julai 2017 untuk menghadiri program taklimat mengenai Office of High Commissioner For Human Rights (“OHCHR”) Dan Human Rights Council, anjuran GICJ.

Satu pemerhatian menarik yang dapat dilihat oleh delegasi adalah bagaimana pejabat Ecunemical Centre adalah sebuah pusat yang menempatkan ibupejabat World Council of Churches di Geneva. Dalam kompleks bangunan yang sama, terdapat beberapa ruang pejabat yang diberikan kepada pertubuhan bukan kerajaan – NGO, yang bertugas dalam hal penyebaran dakyah Kristian ke seluruh dunia. Terdapat 2 geraja di Malaysia yang merupakan ahli kepada World Council of Churches ini.

Taklimat mengenai Office of High Commissioner for Human Rights (“OHCHR”) dan Human Rights Council (“HRC”) yang diberikan oleh wakil-wakil GICJ.

Nota mengenai penerangan tentang mekanisma pemantauan hak asasi manusia di peringkat antarabangsa melalui OHCHR

Mandat OHCHR adalah bagi memastikan hak asasi manusia dipelihara, menghapuskan halangan kepada pelaksanaan yang berkesan, dan untuk meningkatkan penyelarasan kerjasama dalam aktiviti hak-hak yang berkaitan dengan semua manusia sejagat.

Sejarah OHCHR bermula apabila Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu meluluskan Resolusi dalam tahun 1993 bagi menubuhkan satu badan yang mengelolakan aktiviti-aktiviti yang mempromosi hak asasi manusia sejajar dengan hal yang dipersetujui di bawah Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (Universal Declaration of Human Rights) serta menyelia Human Rights Council.

Buat masa ini, OHCHR dipegang oleh Putera Zeid Ra’ad Al Hussein yang memulakan tugas beliau di sebagai Pesuruhjaya Tinggi dalam tahun 2014; beliau merupakan orang Islam, Asia dan Arab pertama dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi.

Dalam OHCHR, terdapat 4 bahagian yang melaporkan aktiviti mereka terus kepada Pesuruhjaya Tinggi, yakni: (i) Research and Right to Development Division (RRDD) yang bertanggungjawab dalam hal ehwal penyelidikan perkembangan polisi dalam isu mempromosikan hak asasi sejagat, (ii) Human Rights Treaties Division (HRTD) ditugaskan untuk memberikan sokongan kepada 10 organ triti (treaty bodies) hak asasi manusia yang diberikan mandat untuk memantau pemakaian polisi hak asasi di peringkat kebangsaan, (iii) Field Operations and Technical Cooperation Division (FOTCD) menyokong kerja hak asasi bagi pekerja yang berada di kawasan di mana terdapatkan isu perlanggaran hak asasi manusia (contohnya petugas PBB di Sudan), dan (iv) Human Rights Council and Special Procedures Division (HRCSPD) yang menyediakan sokongan substantif kepada Human Rights Council, proses Universal Periodic Review (UPR), dan prosedur khas lain.

Nota Taklimat mengenai Human Rights Council

Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Human Rights Council – HRC)merupakan badan PBB yang menangani isu-isu pencabulan hak asasi manusia di seluruh dunia. Dalam tahun 2006 HRC ini menggantikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB yang dikritik oleh ramai kerana dianggotai oleh negara-negara ahli yang mempunyai rekod hak asasi manusia yang buruk.

Menurut Resolusi HRC 5/1 bertarikh 18/06/2007, Agenda HRC adalah seperti berikut; agenda ini dianggap sebagai pakej yang mewujudkan prosedur, mekanisma dan struktur yang menjadi asas kerja HRC:

Item 1. Organizational and procedural matters

Item 2. Annual report of the United Nations High Commissioner for HumanRights and reports of the Office of the High Commissioner and theSecretary-General

Item 3. Promotion and protection of all human rights, civil, political, economic,social and cultural rights, including the right to development

Item 4. Human rights situations that require the Council’s attention

Item 5. Human rights bodies and mechanisms

Item 6. Universal Periodic Review

Item 7. Human rights situation in Palestine and other occupied Arab territories

Item 8. Follow-up and implementation of the Vienna Declaration and Programme of Action

Item 9. Racism, racial discrimination, xenophobia and related forms of intolerance, follow-up and implementation of the Durban Declaration and Programme of Action

Item 10. Technical assistance and capacity-building

Kesemua Item dalam Agenda ini akan dibincangkan dalam setiap sesi mesyuarat HRC walaupun kadang-kala laporan untuk item khusus tidak dibincangkan.

Sehingga kini, masih wujud percubaan daripada beberapa negara untuk mengetepikan Agenda Item 7 terutamanya oleh negara sekutu Israel. Malahan laporan HRC ke atas Palestine telah ditolak Israel secara terangan.

Agenda Item 9 juga berkait rapat dengan Durban Declaration yang dikatakan sebagai rangka kerja melawan isu perkauman.

Share The Post

Leave a Reply