TAKLIMAT MENGENAI OFFICE OF HIGH COMMISSIONER FOR HUMAN RIGHTS (“OHCHR”) DAN HUMAN RIGHTS COUNCIL (“HRC”) 2

22Jul

TAKLIMAT MENGENAI OFFICE OF HIGH COMMISSIONER FOR HUMAN RIGHTS (“OHCHR”) DAN HUMAN RIGHTS COUNCIL (“HRC”) 2

Lokasi : Route des Morillons, 1218 Le Grand-Saconnex, Geneva

Tarikh : 22hb Julai 2016

Taklimat berkenaan Office of High Commissioner For Human Rights (“OHCHR”) Dan Human Rights Council, anjuran GICJ di sambung oleh wakil OHCHR Encik Jong Gil Woo.

Nota penerangan mengenai UPR

Sebelum UPR, yang ditubuhkan dalam tahun 2006, sebarang ulasan dan penelitian mengenai pemakaian hak asasi hanya dijalankan ke atas negara ahli. Namun dengan adanya UPR, setiap negara diberikan peluang untuk menerima cadangan dan komen mengenai isu hak asasi yang berbangkit di negara masing-masing.

Dalam setiap pusingan, UPR akan mengadakan 14 sesi bagi membolehkan peluang setiap negara mendapat sesi setiap 5 tahun sekali.

Dalam proses UPR, penglibatan NGO sangatlah bermakna dan memainkan peranan yang penting kerana NGO adalah pihak pemerhati yang mempunyai pengalaman terus di negara terlibat dan mengikuti perkembangan terkini sesuatu isu hak asasi. Untuk itu, penglibatan NGO diberikan penekanan lebih terutama dalam penyediaan dan penghantaran laporan hak asasi.

Laporan NGO adalah salah satu daripada 4 dokumen penting dalam proses UPR. Dokumen yang dikira sebagai suatu kemestian dalam setiap pusingan UPR adalah: (i) laporan kebangsaan yang disediakan oleh negara yang sedang diulas, (ii) kompilasi maklumat yang disediakan oleh OHCHR dan (iii) laporan NGO. Daripada laporan NGO ini, OHCHR kemudian akan menyediakan rumusan kepada laporan yang ada dan kesemua dokumen-dokumen ini mesti dimajukan kepada HRC selewat-lewatnya 6 minggu sebelum sesi UPR sesebuah negara, dan dokumen ini akan dimuatnaik ke laman UPR.

Oleh kerana UPR memberikan peluang untuk mengenal pasti isu hak asasi dan mendapatkan cadangan memperbaiki isu yang timbul di peringkat kebangsaan, banyak negara kini mula mempromosikan keberkesanan proses UPR kepada pemegang amanah negara terlibat; pemegang amanah (stakeholders) sesebuah negara termasuklah ahli akademik dan NGO.

 

Peranan NGO dalam UPR termasuklah: mengambil bahagian dalam perundingan kebangsaan yang diadakan oleh Kerajaan Negeri di bawah Kajian; menghantar maklumat mengenai keadaan hak asasi manusia di negara masing-masing; melobi ahli Working Group; Menyampaikan ucapan di HRC semasa penerimaan laporan itu; memantau dan mengambil bahagian dalam pelaksanaan cadangan UPR oleh Negara.

Dalam proses UPR, pembentangan dilakukan dalam Working Group yang terdiri daripada presiden HRC dan 47 negara ahli. Dalam proses ini, wakil negara akan diberikan masa untuk membentang laporan mereka, wakil negara dibantu oleh 3 pelapor (rapporteur) yang dikenali sebagai troika. Apabila negara menerima cadangan dalam UPR, mereka boleh sama ada menerima NGO perlu menyediakan laporan mereka berdasarkan pengamatan dan pengalaman mereka sendiri kerana OHCHR hanya akan merumuskan laporan yang disediakan secara telus. Secara ringkasnya, laporan NGO hendaklah memenuhi format. Penyerahan individu oleh sebuah NGO adalah terhad kepada 2815 perkataan, tidak termasuk nota kaki dan tambahan.

Penyerahan bersama yang dikemukakan oleh gabungan NGO (dua NGO atau lebih) boleh mencapai 5630 perkataan. Sebuah NGO boleh mengemukakan hanya satu penyertaan individu tetapi boleh menjadi sebahagian daripada seberapa banyak penyertaan bersama.

Sesi diteruskan dengan pelbagai soalan daripada delegasi berkenaan prosedur-prosedur penting. Salah seorang delegasi, Muhammad Hisham Marzuki menyatakan beliau sangat berpuas hati dengan maklumat-maklumat sesi tersebut. Menurut beliau, “mengetahui kedudukkan hak asasi dalam konteks undang-undang antarabangsa penting bagi membolehkan para peserta membantu kerajaan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Selain daripada itu, pendedahan mengenai UPR merupakan satu nilai tambah bagi membolehkan Malaysia bersedia dalam penilaian UPR pusingan ketiga. Selaku wakil NGO, pendedahan ini membolehkan NGO bersedia bagi meningkatkan kesedaran dan ilmu mengenai partisipasi NGO diperingkat antarabangsa.”

Share The Post

Leave a Reply