WAKIL PPMM KE IBUPEJABAT PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU DI PALAIS DES NATIONS DI GENEVA, SWITZERLAND

22Jul

WAKIL PPMM KE IBUPEJABAT PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU DI PALAIS DES NATIONS DI GENEVA, SWITZERLAND

Tarikh : 22hb Julai 2016

Lokasi : Palais Des Nations bertempat di Geneva, Switzerland

Delegasi PPMM berpeluang melawat ke Ibupejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Di Palais Des Nations Di Geneva, Switzerland.

Delegasi memulakan lawatan berpandu (‘guided tours’) di dewan Salle XIX dan XX, Palais des Nations yang mana wakil Pegawai Perkhidmatan Awam, Palais des Nations turut menceritakan sejarah banggunan, jenis-jenis bilik dewan perjumpaan yang digunakan dan butiran barangan yang diekshibitkan di dalam Palais des Nations.

Antara sejarah menarik yang dikongsikan adalah mengenai sejarah bangunan Palais de Nations yang telah siap dibina pada 1938 selepas hampir 8 tahun proses pembinaan, dan kini dimiliki mutlak oleh PBB (sebelum ini, oleh League of Nations), bermula 1946 selepas Setiausaha Agung PBB menandatangani perjanjian rasmi dengan kerajaan Switzerland bagi menjadikan Palais des Nations sebagai ibupejabat rasmi PBB di Geneva.

Tapak di mana Palais des Nations didirikan telah disumbangkan oleh dermawan bernama Gustave de la Rive pada 1860 dengan syarat, tapak tanah di Ariana Park itu akan sentiasa memulihara taman di sekitarnya.

Turut dikongsikan adalah sejarah beberapa artifak yang disumbangkan oleh pelbagai negara kepada PBB, termasuklah arca seni bernama ‘The Blue Planet of Human Life’ yang didermakan oleh kerajaan Jepun bagi memperingati kepentingan memulihara dan menjaga keamanan awam menentang senjata nuklear. Juga mengenai arca seni siling yang disiapkan oleh artis dari Spain, Maquil Barcelo bernama ‘Seat of Harmony’ di dalam Human Rights and Civilizations Room (dewan Salle XX) bagi menggambarkan kesefahaman dan toleransi antarabangsa.

Delegasi dibawa melawat ke Chamber of Council dan Grand Assembly Hall, Palais des Nations yang mana wakil Pegawai Perkhidmatan Awam, Palais des Nations turut menceritakan sejarah banggunan, jenis-jenis bilik dewan perjumpaan yang digunakan dan butiran barangan yang diekshibitkan di dalam Palais des Nations.

Antara anekdot menarik yang diceritakan mengenai Chamber of Council termasuk mengenai arca seni mural emas dan sepia lukisan Jose Maria Sert yang memenuhi dewan persidangan yang mana kesemuanya sedia ada sejak dari zaman persidangan League of Nations dalam tahun 1930an lagi.

Lawatan berpandu tamat dan pihak delegasi bergerak ke Arca Broken Chair bagi tujuan fotografi. Wakil pemandu pelancong juga sempat menerangkan sejarah Broken Chair yang merupakan arca seni bagi memperingati bahaya yang timbul dari periuk api yang dibina oleh artis dari Switzerland bernama Daniel Bersett bagi menyambut proses menandatangani Perjanjian Ottawa dalam tahun 1997.

Broken Chair

Sesi fotografi delegasi bersama wakil GICJ di Broken Chair, di mana pihak delegasi sempat memerhatikan demonstrasi aman rakyat Turki di Switzerland bagi membantah kudeta tentera Turki. Mereka membawa bendera Turki, poster Turki dan poster Erdogan bagi mengadakan suatu penerangan atau menampakkan sokongan mereka terhadap Presiden Erdogan. Mesej-mesej demokrasi dan anti-penggulingan dilaungkan oleh mereka, dengan sesetengah dari mereka menari dan menyanyi lagu dalam Bahasa Turki. Ketika aktiviti ini dijalankan, pihak polis Geneva hanya mengawal dari luar dan tidak mencampuri urusan penyokong Turki tersebut, dan meletakkan garisan polis bagi menghadkan kawasan yang dibenarkan untuk penyokong berkenaan.

Share The Post

Leave a Reply